Strawberi-X adalah perisa umpan yg sesuai untuk memancing patin dan ikan air tawar lain. Bau strawberi yang wangi buat ikan tak keruan.
Umpan ini dirumus khas untuk ikan air tawar. Resipi oleh kaki pancing untuk kaki pancing.
Ikan patin paling suka, tetapi ikan-ikan air tawar yang lain (spt rohu, lampam, etc) juga menggemari rasa dan aroma umpan ini. Telah dicuba dengan patin liar sungai yg biasanya terlalu memilih makanan, memang berkesan! Apatah lagi patin kolam pancing yg tentunya lebih mudah dijinakkan dgn umpan ini.
Bahan-bahan bersih dan halal.
Pekat - aromanya melekat lebih lama pada roti/dedak etc semasa di dalam air untuk memanggil ikan.
Mudah digunakan. Cuma gaul dengan roti/pelet/dedak/tepung atau apa sahaja untuk buat batang pancing anda melengkung dan loceng berbunyi tak henti-henti.
Saiz 250ml.
3 CIRI-CIRI UNIK UMPAN PATIN TERKAM yang anda patut tahu (selain aroma yg power):
1. CAMPURAN UMPAN SUSAH BERKECAI BILA DIBALING
Pelet/dedak/roti yg anda campur dgn sesetengah perisa jenama tertentu selalunya akan hancur berkecai di udara bila anda baling umpan, kan? Masalah ini susah terjadi kalau anda guna Umpan Patin Terkam kerana ramuan khasnya yg dapat 'mengikat' struktur dedak/roti/pelet agar susah tertanggal drp mata kail walaupun umpan lembut.
2. AROMA MELEKAT LAMA PADA UMPAN
Umpan Patin Terkam pekat dan sedikit melekit bagi memastikan aroma bau melekat lebih lama pada roti/dedak/pelet semasa dalam air untuk memanggil ikan. Malah, umpan juga tidak mudah hancur dibawa arus.
3. TIADA MENDAPAN/KELADAK
Tidak akan ada mendapan/keladak di bahagian bawah botol. Jadi, anda TAK PERLU GONCANG botol untuk dapatkan aroma yg paling padu.Jika ada mendapan, itu bukan Umpan Patin Terkam.