[ADM] 365 Tip Mendidik Anak - Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki Buku
Sold by Syarikat Adam
5(5)
36 sold
Select options
Select
Shipping
From RM4.90
Est. delivery by Apr 23 - Apr 25
Specifications
Customer reviews (5)
H**h R**i
Item: GAYA NABI
Tak sabar nak baca. Dah lama add to cart. Tambah ilmu baru bab didik anak pula. β€οΈ
November 9, 2023
i**a
Item: GAYA NABI
Alhamdulillah saya beli.. belum baca lagi, moga dikurniakan kefahaman dan menjadi amalan aamiin
November 24, 2023
R**π
Item: GAYA NABI
Alhmdllh dh smpai...tq seller ....
March 1, 2024
M**a
Item: GAYA NABI
Okay
February 25, 2024
S**a S**l S**
Item: SOLEH DAN SOLEHAH
Ok
November 5, 2023
Syarikat Adam
2,583 items
Shop performance
Better than 78% of other shops
Ships within 2 days
86%
Responds within 24 hours
100%
About this product
Jenis Halaman KulitKertas kerja
EditorFITRAH COACHING SDN BHD
PengarangUSTZAH ISFADIAH MOHD DASUKI
BahasaBahasa Melayu
PenerbitPTS
Product description
Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi yang dicetak berwarna warni ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama bertajuk Melihat Anak Sebagai Amanah banyak menyentuh tentang tip pendekatan pendidikan anak-anak.
Manakala dalam bab yang kedua pula bertajuk Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi banyak memberikan tip dan pendekatan pendidikan bersumberkan kisah para nabi. Bahagian ketiga pula adalah bonus, bagaimana mengurus anak bermain gajet. Buku yang bertemakan 1 hari 1 tip yang merangkumi 365 tip untuk diamalkan oleh ibu bapa. Tip yang diberikan secara tidak langsung dapat memberikan idea dan kaedah yang praktikal kepada ibu bapa bagi mendidik dan membesarkan anak-anak.
Penulisan buku ini merupakan satu bimbingan yang ringkas tapi padat dengan saranan bersandarkan dalil daripada al Quran, hadis dan juga pandangan ulama. Selain itu buku ini juga amat istimewa kerana menyertakan pelbagai informasi tambahan yang menarik dan menambah maklumat kepada para pembaca. Selari dengan keadaan semasa yang mana anak-anak dewasa ini banyak terdedah kepada gajet. Maka buku ini tampil memberikan bonus bagi pembaca dengan memberikan bonus 13 tip mengurus anak bermain gajet.
Antaranya menyenaraikan baik dan buruk gajet, βdo and donβtβsβ serta banyak lagi. Pendekatan penulisan yang mengambil kisah-kisah daripada al-Quran dapat mendorong dan menarik minat pembaca serta mudah untuk difahami dan dipraktikkan. Selain itu penulis juga ada memberikan cadangan permainan yang kreatif contohnya permainan puzzle bahtera Nabi Nuh a.s. Tip yang diberikan dalam buku ini secara padat dan ringkas tidak menjemukan bacaan, ia mudah untuk dipraktikkan serta dirujuk dengan adanya senarai bab yang diberikan.
Bagi ibu bapa yang tercari panduan dan bimbingan bagi mendidik anak-anak, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan bimbangan. Penulis buku ini merupakan insan yang tidak asing lagi di kaca TV mengendalikan program fiqah wanita, motivasi agama dan juga keibubapaan. Beliau yang dikenali sebagai Ustazah Isfadiah adalah graduan UIAM, merupakan mantan pensyarah di UIAM. Sekarang ini penulis aktif mengendalikan seminar dan program keibubapaan.