light
TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/3
RM28.00

[ADM] NOVEL BUKAN DARK METALIK

Sold by Syarikat Adam
2 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 17 - Apr 20
Syarikat Adam
2,565 items
Shop performance
Better than 78% of other shops
Ships within 2 days
83%
Responds within 24 hours
100%

Product description

[ADM] BUKAN DARK METALIK
Hanya aku tahu perangai gila kau...
 
Difitnah berkhalwat ketika tahun menduduki SPM, memberi kesan besar kepada Erhan. Tidak dia sangka, gadis yang digelar pelakon opera Cina itu begitu kuat pembohong! Huh! Akhirnya dia juga yang nampak jahat bak dalam cerita filem Tamil. Erhan takkan berdiam diri. Hilani patut dapat pengajaran!
 
“Kenapa buat aku macam ni? Kenal hang pun tak pernah. Bila masa aku selalu belanja hang air kotak dan roti? Weh, aku kalau nak cari awek, aku cari yang besar sikit mata, setakat stok macam hang, buat lapik kaki aku saja.” - Erhan
 
“Whateverlah dark metalik!” – Hilani
 
Masa pun berlalu. Dendam membuatkan Erhan tak pernah melupakan pemilik nama Farah Hilani. Disiasat latar belakang Hilani hinggalah akhirnya dia berjaya membuat perancangan paling licik. Dia dan Hilani bertemu kembali dalam keadaan dia bos dan Hilani ialah kuli a.k.a sekretarinya.
 
Bagi Hilani, Erhan yang dulu jauh beza dengan yang sekarang. Kulit pun ala-ala dark metalik! Tetapi lelaki yang berdiri di depan dia sekarang tampak lebih smart dan hitam manis yang menawan kalbu. Sudahlah ada ‘telaga’ atau dimple kata mat salih dekat pipi kiri dan kanan. Kenapalah dulu Erhan tak senyum macam tu?
 
“Saya minta maaf. Saya menyesal sangat-sangat.” - Hilani
 
Hilani merayu, melirih sayu. Setiap kata-kata Erhan berkenaan kisah lalu menusuk jiwa. Ya, dia memang buat silap, tapi masa itu, dia masih terlalu muda. Dia hanya fikir untuk selamatkan diri. Namun dendam Erhan bagai tak luak dengan permintaan maaf tulus ikhlas itu. Baginya, statusnya sebagai bos membuatkan Hilani cuak dan takut kehilangan kerja. Jika tidak, mana mahunya Hilani nak minta maaf.
 
“Never. Awak dan boyfriend awak tu boleh mereput sekali,” - Erhan
“Boyfriend saya? Siapa? Tuan ke?” – Hilani
 
“Apa ke jadahnya aku nak doa diri sendiri reput! Eee... Aku bagi sebijik di dahi tu, baru cerdik kut.”- Erhan
 
Puas sudah Hilani memohon kemaafan, sampai terpaksa belanja satu opis makan di restoran mahal, tapi Erhan tetap dengan layanannya yang kuku besi terhadap gadis manis itu. Tapi itulah, Hilani pun adakalanya tak beri peluang pada Erhan. Ingat dia nak diam saja bila kena buli dengan bos?
 
“Lelaki yang kuat merajuk dan marah-marah ni kebanyakan mempunyai masalah batin. Ini bukan saya cakap tau. Kajian ini dibuat di luar negara. Jadi tuan jangan merajuk lama sangat.” - Hilani
 
“Bila masa saya merajuk? Choi, mulut tu tak pernah serik mengata, kan?”- Erhan
 
Gila... Kena usik dengan Hilani pun boleh buat Erhan tak keruan. Bila Hilani tiada, hidupnya tiba-tiba rasa sepi. Makan nasi pun tak sesedap seperti yang Hilani suap ketika dia sakit. Ah, sudah! Angaukah dia?
Macam mana dengan rancangan dendamnya bertahun-tahun itu?
 
Penerbitan Karyaseni & Penulisan2u
Product Introduction of [ADM] NOVEL BUKAN DARK METALIK 34
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok