About this product
Jenis PembungkusanKantung Isian Semula
MusimSemua Musim
Product description
Benih dari pokok sendiri.
Buah kacang pelita sedap ditumis atau direbus dan buat ulam..
* Pokok jenis menjalar. Bunganya berwarna purple.
* Mula berbunga pada umur 2 bulan.
* Dipetik utk makan semasa masih muda. Hujung kacang bahagian putih akan keras bila matang dan dah tak sesuai untuk makan.
* Boleh dicelur sebentar dan dimakan terus sebagai ulam. Jangan masak lama. Bila lembik jadi kurang sedap.
* Boleh dimasak pelbagai cara. Contohnya:
- Campur bersama sambal bilis atau sam udang.
- Goreng bersama sayur lain jadi sayur campur.
- Campur dalam masak lemak udang.
- Tumis cili padi bersama bilis.
* Boleh rendam benih di dalam air selama beberapa jam atau terus semai dan disiram lencun.
* Semai di dalam polybag @ bekas semaian.
* Benih akan tumbuh dalam masa 2 ke 3 minggu. Percambahan mungkin lambat kerana kulit benih keras dan tebal.
* Setelah tumbuh 5 helai daun, pindah anak pokok ke tanah.
* Boleh juga terus tanam dalam polybag @ pasu @ terus ke tanah.