Sinopsis : Buku ini mengandungi pendapat dan pandangan yang jelas tentang fonetik yang dapat dikongsi bersama-sama dengan para pembaca buku ini. Penulis buku ini, telah berjaya menjelaskan tentang apa itu fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori secara mudah. Penulis lebih memberikan tumpuan khusus tentang fonetik artikulasi kerana ilmu ini lebih ditekankan di negara ini pada masa kini.