Penghantaran laju.Barang di terima dlm keadaan baik.blm di baca lagi.
July 15, 2024
a**a
Item: Default
Terjebak dgn cerita dedaun....
More
July 14, 2024
S**ō
Item: Default
Packaging secure. kitonyo Teracun sbb drama 🤭
Printing quality:Nice
Packaging:Nice 👍🏻
August 24, 2024
Product description
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
.
.
Hati Seorang Perempuan
Yang bernama Intan Samad, yang terpaksa mengharungi hidup penuh ranjau. Mentelah dia dipandang hina oleh penduduk kampong Pulau Ubin. Mereka menjangkakan dia anak luar nikah. Dia yang begitu dahagakan kasih sayang semakin diuji apabila terpaksa berkahwin dengan seorang pemuda dari tanah besar akibat salah faham. Maka dari kehidupan kampong dia terpaksa mengikut suami dan hidup di kota pula. Tetapi taraf dirinya sebagai tukang gaji dari seorang isteri. Dia terus sabar dan tetap bertanggungjawab sebagai isteri. Bahkan dengan perasaan yang tidak berbelah-bahagi, dia mencurahkan segala kasih sayang seorang ibu kepada anak tirinya yang sememangnya mengharapkannya. Pada masa yang sama perasaan sayang mula berputik terhadap suaminya
Jiwa Seorang Lelaki
Yang bernama Assad Effendi, seorang doktor muda yang sekeras batu. Apabila takdir menentukan dia ditangkap basah dan terpaksa berkahwin dengan seorang gadis kampong, jiwanya semakin memberontak. Apatah lagi luka lamanya masih berdarah. Lantaran sebagai membalas dendam dia memandang Intan lebih sebagai orang gaji dari seorang isteri. Namun apabila mendapati isterinya cukup tabah menghadapi apa sahaja tekanan yang diberikan, dia berasa kagum juga. Mentelah apabila melibatkan Intan mencurahkan kasih sayang keibuan kepada anaknya tanpa batasan. Justeru dalam diam-diam perasaan cinta mula bercambah terhadap isterinya, walaupun dia cuba melawannya
Dua Insan Yang Diuji
Jiwa dan raga agar menyedari bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk hidup bersama. Itupun setelah keduanya mengenepikan apa sahaja sengketa. Terutama sekali dari pihak Assad, kerana sikap keras hatinya akan membuat dia kehilangan isteri yang mula disayang. Lebih-lebih apabila kesabaran Intan akhirnya menipis lantaran dia mengambil sikap tegas dan melarikan diri. Apatah lagi Intan menjadi buruan orang-orang yang memiliki semacam agenda buruk. Kerana Intan ada menyimpan satu rahsia yang cukup berharga tanpa disedarinya sendiri
********
Seolah kancah kehidupan ini terlalu panjang bagi Intan. Bertenggang dengan orang-orang kampung yang menjangkakan dia anak luar nikah justeru semenjak lahirnya tidak tahu siapa dan di mana ayah kandungnya, maka kehidupan yang dilalui itu sudah pasti dirasakan beranjau. Lebih lebih lagi dirinya terjebak dalam perangkap perkahwinan tangkap basah. Intan lalu dibawa ke kota dan suaminya itu meletakkan taraf dirinya sebagai tukang gaji. Meskipun tidak pernah merasa dicinta dan disayangi, Intan sanggup bersabar dan tabah, bahkan dalam diam-diam bercambah pula kasih sayang Intan kepada anak angkatnya dan semakin menjadalam pula cinta Intan kepada suaminya. Tetapi sampai mana gerangan Intan dapat bertahan dengan sikap menyerahnya itu?
Novel ini memaparkan komplikasi watak manusia yang membawa unsur-unsur percanggahan jiwa seorang doktor muda yang berhati batu dengan seorang wanita yang sentiasa menyerah dan akhirnya mengambil sikap tegas, tetapi ketegasan itu hampir-hampir menjerumuskan dirinya ke dalam jurang kegelapan. Di samping keraguan watak yang mengangkat ciri-ciri simpati dan tipu daya manusia. Umpamanya ibu saudara jatuh cinta kepada anak saudaranya, abang makan adik tirinya, kawan menelan kawan, seorang pemuda jatuh cinta kepada isteri orang dan lain-lain yang berunsur suspense demi suspense.