DARUL NUMAN HIMPUNAN DOA DOA PILIHAN DARI AL QURAN DAN AL HADIS SERTA TERJEMAHAN 9789839017885
Susunan: Prof. Dato' Dr. Haron Din & Ustaz Ishak Din Al Khairi
Kandungan: 136 m.s.
Dalam meniti kehidupan dunia yang serba mencabar, manusia tidak dapat bertahan hidup bersendirian tanpa meminta pertolongan dari orang lain. Ada ketikanya tidak ada sebarang makhluk yang mahu menolong manusia dan kadangkala pula walaupun dibantu oleh semua manusia namun tidak memperolehi sesuatu yang dihajati. Sebenarnya yang boleh memberi dan mampu memenuhi segala kehendak, hanya Allah SWT.
Di dalam berdoa, seseorang tidak akan rugi sedikitpun, kerana jika diperkenankan merupakan suatu keberuntungan baginya. Sebaliknya jika tidak memperolehi yang dikehendaki, maka seseorang itu akan mendapat pahala dari ibadah doanya tersebut. Setiap muslim selalu berdoa, baik ketika lepas solat mahupun dikeheningan malam, namun masih ramai yang tidak faham akan permintaan yang dilafazkan melalui doanya itu.
Semoga buku ini dapat menyumbang dan membantu umat Islam memahami doa-doa yang diamalkan selama ini, Insya Allah.