Sambal yg berasaskan Cili Padi hijau dan merah sahaja yang dimasak bersama bahan-bahan lain seperti bawang besar, bawang putih, asam jawa. Sambal cili padi dimasak sehingga kering dan digaul bersama daging yg direbus sehingga empuk dan lembut.
Insyaallah sebotol #sambaldagingcilipadiopah diletak isi daging padat-padat sama seperti sambal bilis dan lain-lain. Rasanya yang pedas seimbang dengan sedikit manis masin dan masam.
Sambal Daging ini boleh bertahan di luar sehingga 2-3 hari dan perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk selepas 2-3 hari dibuka.