Product description
Serum wajah bersifat ‘water-based’ dan bertekstur seakan gel cair yang sangat cepat menyerap pada kulit.
Menggunakan gabungan bahan-bahan tinggi hidrasi seperti Trehalose, Sodium Hyaluronate, Aloe Barbadensis Leaf Ectract dan Ethyl Ascorbic Acid untuk memberi lembapan yang intensif kepada kulit disamping membantu menjadikan kulit lebih anjal dan lembut.
Trehalose (sebutan “tray-ha-lose”) adalah sejenis molekul gula yang sering ditemui dalam cendawan shiitake kering dan rumpai laut kering. Ia berfungsi mengembalikan fungi ke bentuk asal setelah dibasahkan. Sebab itu, cendawan yang kering dan mengecut kembali kenyal dan lembut setelah direndam semula ke dalam air.
Menurut Dr Tan Kian Teo, dermatologi dan bekas konsultan National Skin Centre, molekul tersebut membentuk gel perlindungan yang menghalang sel dari berpecah apabila kering. Ini membolehkan fungi kembali ke bentuk asal sebaik sahaja menyentuh air.
Dalam industri kecantikan, Trehalose adalah ‘humectant’ yang menarik kelembapan dari sekeliling untuk melembapkan sel kulit dan menjadikan kompleksi kulit lebih cerah dan anjal. Ia memiliki keupayaan tinggi dalam menyimpan air.
Trehalose dikenalpasti memiliki partikel yang lebih kecil berbanding Sodium Hyaluronate dalam keberkesanan menyerap ke dalam lapisan kulit.
Trehalose juga lebih lembut pada kulit kerana ia terhasil dari sumber botani dengan hampir 0.0 % kemungkinan tanpa menyebabkan kesan sampingan ke atas kulit disamping memiliki keupayaan anti-oksida.