•Diperbuat daripada tanah liat asli yang hanya boleh didapati di Kuala Kangsar Perak, yang mana ianya sesuai untuk dijadikan labu air.
•Air yang disimpan di dalam labu sayong ini akan menjadi sejuk secara semula jadi
•memberikan kesegaran kepada yang meminumnya
•Mempunyai khasiat tersendiri kerana diperbuat daripada tanah liat
•Dapat menyejukkan badan
•Lagi lama air disimpan di dalam labu sayong, lagi sejuk air tersebut
•Boleh dijadikan sebagai cenderamata, hadiah hari lahir, atau hiasan rumah atau pejabat
•Labu sayong hitam bukanlah di cat. Tapi warna hitam itu terhasil kerana dibakar didalam sekam padi atau habuk kayu.
•Apabila air diletak di dalam labu sayong, badan labu sayong kelihatan cantik berkilat.
•Cara menggunakannya, letak air paip semalaman di dalam labu air. kemudian esoknya buang air tersebut. Tujuannya untuk menghilangkan sisa tanah yang terdapat di dalamnya. Selepas itu, boleh lah letak air minuman atau air masak atau air tapis, biarkan ia paling kurang 1 hari, kemudian baru minum air tersebut. Insyaallah anda akan rasa kesegaran air itu. (Jangan letak air panas)