BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidakโฆ tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama.
Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di pelamin penikahan mereka.
Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyadโฆ dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti.
โAwak terlalu tualah untuk sayaโฆโ โ Johanees
โAda syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?โ โ Taufiq
โBoleh tapi tidak pada sayaโฆโ โ Johanees
โSaya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awakโฆโ โ Taufiq
Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan.
โKenapa?โ - Taufiq
โSaya bukan perempuan baikโฆโ โ Johanees
Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahuโฆ mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.