alhamdulillah my parcel arrivef safely..this book the cover so cuteβ€οΈ..lurveee sesuai untuk semua pembaca jalan cerita yg menarik in character..nice book
Penulis: Melni
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2024
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN:Β 9786297665023
Bil. Muka Surat: 308m/s
Format: Paperback
Harga: RM32.00
Berat: 0.28kg
Sinopsis
βKalau kau asyik fikir nak bahagiakan orang lain, siapa akan bahagiakan kau?β
***
Sejak kecil, Adlina merasakan bahawa dia hanyalah pilihan kedua semua orangβtermasuklah ibunya sendiri. Adlina sanggup berkorban apa saja agar suatu hari, ibu bangga dengan kewujudannya.
Dunia Adlina runtuh apabila impian yang sudah lama disimpan, dibangkang ibunya. Lebih hancur tatkala dia cuba dijodohkan dengan seseorang yang dia benci. Adlina terus memendam rasa dan menjauhkan diri.
Sehinggalah suatu hari, seorang jejaka bernama Raymond, muncul semula dalam hidup Adlina dan cuba mendekatinya. Namun, Adlina mengelak! Pada Adlina, andai ibu sendiri tak pernah menerima dirinya, apatah lagi orang baik seperti Raymond.
βAre you even listening to yourself, Adlina?β
βI finally found you again, but you told me to go away?β
Adlina lelah memuaskan hati orang yang tidak pernah menghargainya; dalam masa yang sama, dia melukai diri sendiri dan orang sekeliling. Tersentak dalam dilemaβmampukah Adlina memilih kebahagiaan diri?