Product description
Uts TEK KA Sinking Minnow 40G/60G
Target: Tenggiri/GT/Layaran/Durado/Talang/Kerapu Merah/Wahoo
EXCLUDE HOOK/Tidak Termasok Hook
**Original JEPUN Foil Paper
**With PVC and Boxes Packing
**(L)= Luminous (Batch 5 Jun 2022)
Cabaran UTS Tackles dalam menghasilkan Produk Berqualiti Tinggi disamping harga yang berpatutan adalah demi semangat Patriotik untuk Angler Malaysia.
Acuan PVC/Plastik adalah melibat kos yang amat tinggi. Setiap pembuatan melibatkan proses ulang alik antara UTS Tackles & Pengilang.
Disebabkan masalah global Covid 19 menyukarkan Pihak UTS Tackle menghantar Jurutera ke Kilang Pengeluar, bagi Proses ketepatan Acuan. Kekangan tersebut menyebabkan hanya proses Alam Maya sahaja dilakukan setakat ini.
Kos Acuan UTS Tek ka 40G telah menelan belanja sehingga RM8K, Manakala 60G pula kos nya RM12K.
Risiko yang tinggi Alam Maya terhadap pembuatan Singking Minnow 40G dan ke atas menyebabkan Ketidak Seimbangan pada Singking Minnow tersebut.
Berita Baiknya pula, pihak UTS Tackles telah mendapat kerjasama dengan seorang Jurutera Pereka Pembuatan Antarabangsa yang berpengalaman luas dalam Perekaan Penciptaan Gewang.
Beliau telah membantu mengira kembali sudut Matematik & Fizik dengan tepat agar aksi kesimbangan Singking Minnow Tek Ka dapat berfungsi dengan sempurna.
Aksi Gelek ke kiri dan kanan yang menyerupai larian mangsa ketakutan.
Anda tidak perlu risau dengan setiap Penciptaan Produk UTS Tackles. 80% staff UTS Tackles adalah Angler. Kami memahami keluhan Anda. Kami juga menjiwai Anda.
NEW UTS TEK KA Sinking Minnow 40G/60G (UV+LUMINOUS)
Kelainan adalah satu misi utama bagi UTS Tackles dalam pesaingan getir dunia yang baharu dewasa ini.
Kepuasan berfikir Bahagian Rekabentuk UTS Tackles tidak terbatas. Rekabentuk terbaharu Singking Minnow Tek Ka dengan meletakan pantulan cahaya UV di sisi bawah gewang tersebut.
Daya tenggelam Singking Minnow dan Jig adalah berbeza.. di mana Singking Minnow lebih mendatar sambil badan mengelek dan perlahan tenggelamnya mengikut keseimbangan penciptaan. Manakala Jig pula lebih menurus tegak dan laju menurun ketika tenggelam. Gaya tumpuan penghilatan sudut juga berbeza.
Bahagian Rekabentuk UTS Tackles telah membuat cubaan berfikir dengan meletakan pantulan cahaya UV di sisi bawah gewang. Kami berpendapat dengan cara demikian peluang untuk peratus menerima serangan sasaran di dasar laut akan lebih tinggi berbanding fikiran konvesional serangan di pertengahan air.
Prospek sasaran akan lebih meluas bukan sahaja Tenggiri bersaiz besar tetapi juga boleh mensasarkan ikan2 yang biasa hanya menyerang di dasar seperti Jenahak, Gerong Belang, Kerapu dan lain2.
Jommm! Apalagi kawan2... Masa ini kita kumpul stok. Harga kami adalah terbaik dan tidak setanding dengan Kualiti yang kami berikan...
Harga Murah, Qualiti Mahal!!