Product description
SET TUNGKU BATU DAN SARUNG
Kain adalah kain cotton tebal dan bahagian dalam kain cotton dan belacu yang tebal dan tahan lasak. Juga mempunyai pengikat khas TEBAL yang mudah untuk ibu mengikatnya. Tips untuk jaga ketahanan sarung tungku adalah,selepas ibu panaskan tungku,jangan terus masukkannya ke dalam sarung ye, biar seketika dalam 5 minit supaya sarung itu tidak terbakar.
Atau ibu masukkan daun sireh,daun mengku ke dalam sarung tungku dan kemudian boleh masukkan tungku.
CARA GUNA TUNGKU BATU SUNGAI
1. Panaskan tungku batu di atas dapur dengan api yang sederhana. Elakkan menggunakan api yang pans supaya batu tidak merekah.Ketahanan haba lebih berpanjangan jika dipanaskan dengan api yang sederhana kerana haba akan meresap dengan baik ke dalam batu dengan api yang sederhana.
2. Tunggu dalam 10 ke 15 minit dipanaskan dan tutup api. Selepas itu biar seketika dalam 2-3 minit dan kemudian masukkan ke dalam sarung tungku dan ikat dengan kemas sarung tungku tersebut.
3. Ibu boleh juga masukkan terlebih dahulu daun mengkudu atau daun sireh atau daun pandan ke dalam sarung sebagai pelapik batu panas untuk mengelakkan sarung terbakar. Kemudian masukkan tungku dan ikat.