Lampu solar ini terdiri daripada sel solar, bateri yang boleh dicas dan lampu-lampu led. Dan juga tiga bahagian yang boleh disambung. Cahaya daripada matahari akan mengecas bateri pada waktu siang dan tenaga disimpan dalam bateri untuk menyalakan lampu-lampu led pada waktu malam atau ketika gelap. Lampu ini akan bernyala bergantung kepada berapa banyak cahaya matahari yang diterima dan yang tersimpan dalam bateri. 1. Lampu ini direka untuk kegunaan di luar sahaja di mana lokasi terbuka untuk menerima cahaya matahari. 2. Elakkan meletakkan set ini di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari. 3. Set ini direka untuk menerangi ketika keadaan gelap sahaja dan tidak akan bernyala sekiranya ada cahaya terang yang dikenakan pada panel. 4. Cari kawasan tanah lembut untuk pacakkan set ini di kawasan terbuka. Arahan penggunaan:- 1. Keluarkan pakej dan pastikan semuanya dalam keadaan baik. 2. Cantumkan semua bahagian. 3. Hidupkan suis yang terdapat di bahagian bawah. 4. Pilih mod kelipan yang anda mahukan. 5. Pacakkan set ini di tempat terbuka dan selamat. Spesifikasi:- 1. Panel solar: 2V 220 mA 2. Sumber kuasa: Tenaga solar 3. Bateri Ni-Mh: Saiz AA, 600 mAh, 1 PCS time 4. Tempoh pengecasan: 6-8h 5. Tempoh penggunaan: 8-12 jam dalam keadaan steady, 10-15 jam dalam keadaan berkelip 6. Dua suis: Suis ON/OFF dan juga suis untuk menukar mod kelipan 7. Suhu penggunaan: -20 C ~+60 C Feature:- 1. Ringan, mudah dibawa ke mana-mana, senang dipasang dan digunakan. 2. Terdapat 8 mod kelipan menarik yang boleh dipilih 3. Menggunakan solar untuk mengecas bateri di waktu siang. 4. Bernyala secara automatik apabila keadaan gelap dan terpadam automatik dalam keadaan terang. 5. Lampu warna-warni menarik sesuai untuk perayaan ataupun dekorasi. -----------------------------------------------------Spesifikasi untuk yang dah dipek:-1. Setiap batang bersambung antara satu sama lain dalam bilangan tertentu (3/4/5). 2. Sesuai untuk yang ingin memasang setiap batang dalam jarak yang dekat. Setiap batang bersambung dengan wayar 1.5 metre. 3. Panel solar: 2V 220 mA 4. Sumber kuasa: Tenaga solar 5. Bateri Ni-Mh: Saiz AA, 3.7V 1200 mAh, 1 PCS6. Tempoh pengecasan: 6-8h 7. Tempoh penggunaan: 8-12 jam dalam keadaan steady, 10-15 jam dalam keadaan berkelip 8. Dua suis: Suis ON/OFF dan juga suis untuk menukar mod kelipan 9. Terdapat alat kawalan jauh untuk menukar mode, untuk on/off, untuk menukar kecerahan dan juga untuk tetapkan masa untuk lampu ini beroperasi. 10. Suhu penggunaan: -20 C ~+60 C