*Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.
Cara Penyimpanan :
Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.